Cerpen Lambaian Malar Hijau ini
mencoretkan kisah tentang seorang anak orang asli yang bernama Daneng. Dia
merupakan seorang pelajar yang pintar dalam bidang akademik tetapi dia tidak
ingin meneruskan pelajarannya ke tingkatan 4 walaupun dia mendapat keputusan
yang cemerlang dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Cikgu Jo yang merupakan
guru Daneng sanggup meredah hutan belantara untuk menemui Daneng hanya untuk
satu tujuan iaitu memujuk Daneng agar kembali bersekolah meneruskan
pelajarannya sehingga mencapai kejayaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM). Akan tetapi, Daneng tetap dengan pendiriannya untuk menjaga
warisan nenek moyangnya kerana dia tidak ingin melihat dunianya itu dicalit
dengan pencemaran atau kemusnahan dek sapaan kemajuan dan anasir-anasir jahat.
Berbekalkan modal yang konkrit, akhirnya Cikgu Jo berjaya memujuk Daneng dengan
memberi pelbagai alasan yang kukuh yang tidak dapat lagi disangkal oleh Daneng
kerana kesedaran telah membenih di hati Daneng kerana suatu masa nanti dia
pasti akan berjaya menjaga hutan itu dengan pelajarannya. Selepas 25 tahun
kemudian, Daneng telah berjaya mencapai cita-citanya dan mendapat gelaran
Datuk. Dia juga menerima Hadiah Nobel kerana usahanya dalam menyelamatkan hutan
belantara dan turut diberikan kepercayaan oleh kerajaan Brazil untuk memulihkan
hutan di Lembangan Amazon. Hasil yang telah dituainya sekarang tidak sesekali
memadamkan ingatannya dari terus melupakan jasa yang telah Cikgu Jo curahkan
padanya kerana tanpa kehadiran insan seperti Cikgu Jo dalam hidupnya, sudah
pasti sekarang dia akan terus dibuai kekesalan tanpa kesudahan.
Terbaiklah Dr. Suppiah...masih ingat lg saya pertama kali belajar dgn Dr.
ReplyDeleteLambaian malar hijau..sumber inspirasi kejayaan
terbaiklah dr Suppiah. sangat memotivasikan saya.
ReplyDelete